11 kes pinjaman wang tanpa lesen diselesaikan polis Miri

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 10 Jun: Sebanyak 11 kes melibatkan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen berhasil diselesaikan polis Miri susulan penangkapan 3 individu termasuk seorang wanita.

Tangkapan dilakukan dalam satu serbuan dinamakan ‘Ops Vulture’ pada 26 Mei lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan akhbar berkata, kesemua suspek berusia 27 sehingga 31 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Miri pada 9 Jun (Khamis) dengan 11 pertuduhan.

Kesalahan tersebut disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 (Akta 400), Seksyen 427 Kanun Keseksaan(Akta 574), Seksyen 29AA (1) Akta Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 (Akta 400), Seksyen 29B(2) Akta Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 (Akta 400),S eksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Terdahulu, ACP Alexson berkata, semasa penahanan kesemua suspek dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas beberapa dokumen yang dipercayai telah digunakan dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan juga perbuatan simbah cat. — DayakDaily