10 kedai terbakar di Pekan Sebuyau

Keadaan bangunan kedai yang terbakar.

SEBUYAU, 7 Ogos: Dua blok bangunan kedai terdiri daripada 10 lot kedai di Pekan Sebuyau, musnah terbakar semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 2.20 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan dibantu BBP Asajaya dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi lapor kebakaran 100 peratus telah melibatkan dua blok kedai jenis struktur separuh kekal.

“Satu blok enam pintu berkeluasan 120×100 dan lagi satu blok empat pintu berkeluasan 80×60 kaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily