Tiga kereta terbakar di Kampung Simpok, Padawan

Gambar komposit menunjukkan keadaan kereta yang terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


PADAWAN, 24 Okt: Tiga buah kereta dilaporkan terbakar di Kampung Simpok, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.06 pagi.

Anggota dari Balai Bomba Siburan kemudian terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah kereta Perodua Kancil yang telah terbakar 85%, manakala sebuah Perodua Axia mengalami sedikit kerosakkan akibat kebakaran tersebut.

“Pasukan operasi memadam kebakaran menggunakan satu salur bantu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.44 pagi,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily