Tiada Gawai Dayak bagi Pandelela

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong tidak berkesempatan untuk menyambut Gawai Dayak tahun ini kerana ke China untuk sesi latihan di sana. - Ehsan akaun Instagram Pandelela.

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg hari ini melahirkan rasa ‘sedih’ kerana tidak dapat meraikan sambutan Hari Gawai bersama keluarga tersayang di kampung halaman pada 1 Jun ini.

Sebelum berlepas ke China atas urusan latihan skuad terjun negara, anak jati Sarawak dari Kampung Jugan Bau itu sempat memuat naik status di Instagram miliknya.

Dalam status itu, Pandelela berkongsi dengan semua pengikut Instagramnya dengan mengatakan “Travel to the land of the red dragon for training camp”.

Selain itu, beliau turut berkongsi status “No ayam pansuh for Gawai this year” dan “No Gawai this year. Bidayuh”.

Pandelela merupakan atlet wanita pertama Malaysia pembawa bendera Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012

Beliau turut mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton. – dayakdaily.com