SPRM kesan Mohamad Don Adi

Mohamad Don Adi

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang lelaki bagi tujuan penyampaian notis menghadiri perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 Julai depan.

Lelaki tersebut, Mohamad Don Adi Morshidi, 35, menetap di No. 210, Kampung Tabuan di sini.

Mohamad Don Hadi turut mempunyai alamat surat-menyurat di No 732a Kampung Tabuan Lot No 3, Jalan Kampung Tabuan Melayu di sini.

Sehubungan itu, SPRM memohon agar individu tersebut tampil ke Mahkamah Tinggi Kuching pada tarikh tersebut.

Sekiranya mana-mana ahli keluarga atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta hadir ke Pejabat SPRM Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho Kuching,L atau menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Fadzli Abd Manaf di talian 082-467701 atau 012-3932731. – dayakdaily.com