Seorang wanita maut, nahas di Jalan Jalan Serian-Sri Aman

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SIMUNJAN, 18 Okt: Seorang wanita maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Serian-Sri Aman, Kampung Sungai Pinang hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.15 pagi.
Katanya, bantuan Bomba dipohon untuk mengeluarkan mangsa, 43 tahun yang tersepit di dalam van yang dipandunya.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori dan van. Mangsa wanita tersepit di ruang pemandu van dan dikeluarkan oleh anggota Bomba menggunakan peralatan khas.
“Setelah diperiksa pihak KKM, mangsa disahkan meninggal dunia dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Simunjan dilaporkan masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan tersebut. — DayakDaily.