Seorang wanita maut dalam kemalangan di Siniawan, Bau

Kereta mangsa terbabas lalu terbalik di tepi jalan raya tersebut.

BAU, 22 Okt: Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas terlibat kemalangan berdekatan Siniawan, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 22 tahun itu semasa kejadian dikatakan memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi apabil dipercayai terbabas sehingga menyebabkan keretanya terbalik.

Kejadian disedari berlaku sekitar jam 10 pagi oleh orang awam yang kemudian segera menghubungi pihak polis.


Mangsa yang berasal dari Kampung Suba Bandar, Bau itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa kakitangan perubatan.

Siasatan polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan. — DayakDaily.