Seorang wanita ditemui mati di Pending

Gambar tangkap layar dari video yang dikongsikan di Facebook.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 24 Okt: Seorang wanita ditemui mati di satu unit rumah pangsa di Pending, di sini hari ini.
Difahamkan, penduduk di kawasan tersebut membuat laporan polis apabila terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.
Ekoran itu, beberapa anggota dari Balai Polis berhampiran terus ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita telah  meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Identiti mangsa masih belum diketahui dan polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — DayakDaily.