Seorang lelaki maut, terlibat kemalangan di jejambat Serian

Mangsa maut di lokasi kejadian.

SERIAN,23 Okt: Seorang lelaki maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas di atas jejambat, di sini hari ini.
Mangsa berusia 38 tahun itu yang berasal dari Kampung Tebakang Melayu, Serian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas diperiksa anggota perubatan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian.
Siasatan polis di lokasi kejadian masih dijalankan. — DayakDaily.