Satu kes JE disahkan di Sarawak

The Samarahan health office had deployed teams to vaccinate children under the age of 15 within a 2km radius of Taman Sentoria to contain a possible spread. - dayakdaily.com

KUCHING – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu kes jangkitan virus Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan berlaku di Sarawak.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KKM, kes JE itu melibatkan seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini bpada 25 Mei lalu.

“Selepas menjalani ujian darah dan ujian cerebrospinal fluid (CSF), kanak-kanak yang demam, sakit kepala dan berubah tingkah lakunya itu telah dan disahkan positif JE.

“Pesakit berkenaan telah diberi rawatan di hospital dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada 5 Jun lalu,” katanya kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan ekoran kes tersebut.

Antara tindakan yang diambil anggota JKNS ialah melakukan penyemburan kabus dan aktiviti larviciding bagi membunuh jentik jentik nyamuk di kawasan kes.

“JKNS juga telah mengedarkan surat makluman ke sekolah-sekolah dan para penduduk di sekitar kawasan terlibat,” tambah kenyataan sama.

Penyakit JE disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia.

Namun transmisi virus tidak boleh berlaku daripada manusia (individu) yang dijangkiti kepada manusia lain.

Virus JE hidup dalam haiwan seperti khinzir, burung liar dan kuda.

Penyakit JE boleh dicegah melalui pemberian vaksin kepada individu yang berisiko contohnya penternak ladang khinzir dan penduduk yang tinggal berhampiran ladang ini.

Di Sarawak, semua bayi yang dilahirkan akan diberi vaksin JE iaitu dos pertama pada usia sembilan bulan dan dos kedua (“booster”) pada usia 21 bulan, mengikut Jadual Program Immunisasi Negeri Sarawak.

Program ini telah bermula sejak tahun 2001 di mana pada masa itu kes JE yang dilaporkan di Sarawak adalah tinggi iaitu 33 kes setahun.

Selepas 10 tahun program Immunisasi JE ini dilaksanakan, jumlah kes telah berkurang kepada hanya 4 kes pada tahun 2010.

Pada tahun 2017 bermula dari Januari hingga 1 Julai, hanya 3 kes dilaporkan di Sarawak.- dayakdaily.com