Sapok Biki bakar semangat juang tinju Sarawak

Peninju yang menggalas cabaran Sarawak pada tinju Piala Malaysia yang berlangsung pada 18 hingga 24 Julai 2017 di dataran Lawin,Gerik, Perak - dayakdaily.com

KUCHING: Kejohanan tinju Piala Malaysia yang berlangsung pada 18 hingga 24 Julai 2017 di dataran Lawin,Gerik Perak menjadi medan bagi petinju-petinju seluruh negara untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Ia melibatkan pasukan seluruh negeri dan juga jemputan dari tim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta menjadi medan bagi petinju-petinju negeri dan ruang bagi petinju negara yang akan mewakili negeri masing-masing mempersiapkan diri bagi kejohanan sukan SEA kelak.

Pusat cemerlang tinju (PCT) 1 Divisyen telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Tinju Sarawak (SABA) bagi mewakili negeri Sarawak dalam kejohanan kali ini.

Di atas kerjasama yang erat antara Panglima 1 Divisyen merangkap Penaung SABA, Mejar Jeneral Datuk Stephen
Mundaw dan Presiden SABA yang juga Pengurus Tim Tinju Kebangsaan, Datuk Rahman Lariwoo.

Pada tahun ini tahun ini tim Bumi Kenyalang akan bertanding di semua sembilan kategori yang dipertandingkan.

Pasukan yang mewakili negeri Sarawak diketuai ikon tinju negara dan merupakan anak jati Bumi Kenyalang, Mejar Sapok Biki, pemenang pingat emas kejohanan tinju Komanwel.

Seramai 12 petinju dan tiga orang jurulatih dari PCT 1 Div yang bertugas di seluruh negeri Sarawak akan membawa cabaran Piala Malaysia dan akan mencuba sehabis baik bagi membawa seberapa banyak pingat yang boleh.

Panglima 31 Briged yang juga Pengerusi PT 1 Div, Brigadier Jeneral Dato’ Fadzil Tajuddin menyempurnakan acara penyerahan bendera Sarawak kepada Pengurusan Tim iaitu Mejar Sapok Biki pada 13 Julai bertempat di PCT 1 Div, Kem Muara Tuang telah juga memberikan amanat dan misi yang harus dicapai oleh petinju-petinju.

Biarpun ini adalah penyertaan pertama petinju di dalam kejohanan Piala Malaysia ini, namun dengan penyertaan-penyertaan kejohanan yang lepas seperti di kejohanan Golden Gloves Kebangsaan Tahun 2015 dan 2016 sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada petinju bagi memberikan saingan pada kejohanan itu. – dayakdaily.com