Rumah runtuh, seorang wanita cedera dihempap bata di Kapit

Gambar komposit di lokasi kejadian.

Oleh Juetila Ozzy
KAPIT,15 Okt: Seorang wanita dilaporkan cedera ditimpa bata selepas rumah yang didiaminya di Sungai Sekarak, Jalan Kapit-Song runtuh semalam (khamis).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku lasa jam 6.38 petang.
Katanya, beberapa anggota bomba terus ke lokasi kejadian dan mendapati benar sebuah rumah yang masih dalam pembinaan runtuh disebabkan ribut.
“Laporan awal diterima mendapati terdapat seorang wanita cedera ditimpa runtuhan bata dan dia telah dikejarkan ke Hospital Kapit oleh saudaranya untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota bomba untuk memastikan tiada lagi mangsa.
Mangsa yang cedera berusia 40 tahun dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan di lengan kanan.
Pasukan bomba kemudian pulang ke balai selepas memastikan keadaan betul-betul selamat. — DayakDaily.