Remaja lelaki ditahan kerana menunggang motosikal curi

Remaja curi motosikal ini kena tahan

KUCHING: Gara-gara menunggang motosikal curi menyebabkan seorang remaja lelaki ditahan untuk siasatan lanjut semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad bin Abang Julai berkata suspek berusia 17 tahun dari Kampung Baru, Kota Samarahan ditahan selepas dilihat mencurigakan berdekatan Plaza Merdeka, di sini sekitar jam 1 petang semalam.

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap motosikal yang ditunggangi suspek mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu dan motosikal pernah dilaporkan hilang di Bau.

Suspek serta motosikal tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.