Remaja Hilang Selepas Bot Dinaiki Karam

Pihak bomba bersama polis di lokasi kejadian di Kampung Sungai Cina Sempadi.

LUNDU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya karam dipukul ombak di Laut Kuala Sempadi, dekat sini sekitar jam 11 pagi Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Azimudin Rajali dan rakannya itu semasa kejadian dikatakan hendak memeriksa jaring ketam yang dipasang mereka.

Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian bot yang dinaik kedua-dua mereka karam akibat dipukul ombak besar menyebabkan mereka terjatuh ke dalam laut.

“Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke bot pemancing yang berdekatan dan mangsa masih hilang,” kata Jurucakap Bomba.

Tambahnya juga, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkam sebaik sahaja mendapat laporan berhubung kejadian.


“Kini pihak bomba bersama polis masih d lokasi kejadian dan pos kawalan bomba juga telah di buka di Kampung Sungai Cina Sempadi,” katanya