Regu Rooster juara pertandingan sepak takraw Piala Gawai

Piala Gawai Kampung Keranji diadakan untuk mengeratkan hubungan di antara penduduk dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup. - dayakdaily.com

LUNDU: Regu Rooster Kampung Sebemban menjuarai pertandingan sepak takraw Piala Gawai Kampung Keranji, Serayan setelah berjaya menumpaskan regu STJ Kampung Jangkar pada perlawanan akhir semalam.

Sebelum mengesahkan kejuaraan regu Rooster dikerah berhempas-pulas sebelum menangi dengan kiraan 21-13, 19-21 dan 21-14 pada set penentuan.

Tempat ketiga dimenangi SSJ Kampung Sebako selepas menewaskan pasukan KTJ Kampung Tebaro Jampari dengan set penentuan 18-21, 21-15 dan 21-19.

Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai daripada pihak penganjur.

Pengerusi Kejohanan Frankie Mija berkata, kejohanan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan penduduk dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup.

“Kita juga mahu mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan sepak takraw di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya lagi,adalah menjadi harapan pihak penganjur pertandingan itu akan mencapai matlamat.

“Penglibatan dalam sukan boleh menjadi wadah untuk menyatukan penduduk, kita harap acara akan diadakan secara berterusan,” katanya. – dayakdaily.com