Program pembangunan bola sepak daerah Tatau, cungkil bakat muda

Murid-murid dari daerah Tatau yang menyertai Progam Pembangunan Bola Sepak Negara Peringkat Daerah Tatau 2017 - dayakdaily.com

Bintulu: Memastikan negara tidak ketandusan pemain bola sepak, Progam Pembangunan Bola Sepak Negara Peringkat Daerah Tatau 2017 telah diadakan bertempat di padang Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Tatau, petang semalam.

Seramai 48 orang murid terlibat dalam program berkenaan membabitkan seramai 24 orang murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Tatau, SK Kelawit 10 orang, SK Rumah Tayai tiga orang dan dari Akademi Tunas Bintulu seramai 11 orang.

Seramai tujuh orang jurulatih terlibat dalam menjayakan program tersebut dan lima daripadanya adalah guru-guru dari daerah Tatau.

Antaranya ialah Ketua Jurulatih Akademi Tunas Bintulu Mohd Amir Firdaus, Jurulatih Separuh Masa Akademi Tunas Bintulu July Udus, Penyelaras Program Pembangunan Bola Sepak Tatau Muhammad Asyraf Mohamad Zaki, Ketua Jurulatih Hadi Syahmi Hamzah, Jurulatih Ismail Sumanteri dan Muhammed Amilin Hasbi.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau Muhammad Noor [email protected] berkata, menerusi program yang telah diadakan itu diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak di negara dan negeri ini.

“Saya yakin dengan adanya bakat di kalangan murid,tunjuk ajar daripada jurulatih dan guru akan menyerlahkan lagi bakat dalam sukan nombor satu dunia ini,” katanya.

Katanya, program tersebut juga akan memberikan pengenalan terhadap kemahiran asas permainan bola sepak yang melibatkan latihan hantaran dan kawalan bola.

Turut diadakan pada majlis itu kalah penyampaian sijil perlantikan kepada dua buah sekolah iaitu SK Kelawit dan SK Tatau sebagai pelaksana kepada program pembangunan bola sepak di daerah itu. – dayakdaily.com