Pondok Polis di Matang Mall

Merbin (depan) merasmikan pondok bit polis di Matang Mall, Kuching, hari ini.

KUCHING: Sebagai langkah memerangi jenayah di bandaraya ini khasnya di kawasan Matang, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah membina pondok bit polis di Matang Mall, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan,Deputi Superitendan Merbin Lisa berharap pembinaan pondok bit polis itu dapat membantu pihak polis untuk terus menurunkan indeks jenayah di bandaraya ini.

“Pondok bit ini adalah simbol perjuangan bersama masyarakat dan polis dalam memerangi jenayah.

“Saya percaya usaha ini dapat memberi manfaat kepada setiap ahli masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kepolisan di samping dapat mencegah kejadian jenayah daripada berlaku di kawasan persekitaran masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Merbin melakukan simbolik pemotongan riben sebagai perasmian pondok bit polis berkenaan bersama Eksekutif Kanan, Jamie Ghim.
ketua-ketua Bahagian IPD Padawan hari ini.

Katanya, pondok bit itu mula dibina pada bulan Januari tahun ini dengan kos sebanyak RM 10,000.

“Keluasan pondok bit ini lebih kurang 4.26 meter x 3.34 meter, kita harap ia akan memberi keselesaan kepada anggota yang ditempatkan di sini,” katanya. – dayakdaily.com