Polis buru dua individu bantu siasatan 10 kes pecah rumah

Polis buru dua individu bantu siasatan 10 kes pecah rumah.

KUCHING: Polis kini masih memburu dua individu dikenali sebagai ‘Azmi Riji’ dan ‘Mahmud’ untuk membantu siasatan berhubung kira-kira 10 kes pecah rumah di sekitar bandaraya ini dan Kota Samarahan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua suspek dijejaki susulan penangkapan seorang lelaki warga tempatan awal pagi Jumaat lepas.

Menurutnya, suspek berusia 29 tahun dan berasal dari Bandar Baharu Semariang itu mengaku terlibat sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah bersama kedua-dua individu yang dikehendaki terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku melalukan pecah rumah di Kuching dan Kota Samarahan bersama kawannya bernama ‘Azmi Riji’ dan ‘Mahmud’.

“Suspek juga mengaku melakukan pecah rumah lebih kurang 10 buah rumah,” katanya di sini semalam.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.