Pencuri kereta ditangkap

BAU: Cubaan seorang bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Sabah disyaki pencuri kereta untuk melarikan diri tidak berjaya apabila ditangkap bersembunyi di dalam sebuah tong air di Kampung Suba Buan, di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata lelaki terbabit ditangkap oleh Unit Anjing pengesan (K9) dari IPK Sarawak sekitar jam 1 petang.

Menurutnya, suspek bersama seorang rakannya terdahulu terlibat kemalangan apabila kereta jenis MJeep Landcruiser yang dicurinya dari Batu 3 1/2 Jalan Penrissen sekitar jam 9 pagi hari yang sama terbabas kira-kira 100 meter dari tempatnya bersembunyi.

Usaha mengesan seorang lagi rakan sejenahnya tidak berjaya dan suspek yang berusia 22 tahun itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas kereta MJeep tersebut untuk siasatan lanjut.