Pemandu Nyaris Maut Kereta Terbalik

Pemandu nyaris maut setelah kereta terbalik.

TATAU: Seorang pemandu kenderaan pancuan empat roda nyaris maut apabila dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata kejadian berlaku di Jalan Sungai Arip, di sini.

Menurutnya, mereka menerima laporan pada jam 5.52 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.20 petang.

“Komander melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan 4WD jenis Triton di mana dipercayai hilang kawalan lalu terbalik.

“Pemandu selamat keluar sendiri dan tiada mengalami kecederaan,” katanya.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.26 petang.