Pecah rumah dan ceroboh-dua lelaki terlibat dalam dua kes berasingan ditahan polis

Polis menahan suspek pecah rumah di Desa Senadin

Oleh Brad Rantayy

MIRI , 29 Okt :Polis menahan seorang pemuda warga tempatan pada Khamis , kurang 24 jam selepas dia dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Desa Senadin.
Kejadian disedari pemilik rumah, seorang penghantar makanan -Grab Food Rider, sekitar jam 2 pagi pada Oktober 28 , sebaik sahaja pulang dari bertugas.
Susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa , sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama Task Force IPD Miri telah menahan suspek sekitar jam 7.45 malam dan semasa pemeriksaan ke atas pemuda tersebutĀ  polis turut menemui sebuah Samsung Tab disyaki barangan curi.
Pemeriksaan awal mendapati suspek berusia 32 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah.
Sementara ituĀ  dalam satu tangkapan berasingan, seorang pemuda ditangkap selepas dipercayai menceroboh masuk ke kawasam sebuah rumah di Jalan Pujut Padang Kerbau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Selasa lalu (26 Oktober).
Menurut laporan daripada mangsa, kelibat suspek bersama rakannya dilihat mundar mandir di depan pintu rumah sekitar jam 8 malam.
Susulan laporan yang diterima, suspek berusia 22 tahun itu ditahan petang Khamis (28 Oktober) di sebuah rumah di Jalan Pujut Corner untuk siasatan lanjut sekitar jam 3 petang.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan kedua-dua tangkapan. ā€” DayakDaily.
Suspek disyaki mrnceroboh kawasan sebuah rumah di Jalan Pujut Padang Kerbau ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.