OP Benteng: Tiga kanak-kanak antara 12 PATI diusir keluar

Askar usir 12 PATI di Tebedu.
KUCHING,16 Okt: Seramai 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) diusir keluar setelah cuba masuk ke Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Tebedu.
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu kenyataan rasmi berkata Kejadian berlaku pada 16 Oktober 2021 (Sabtu) sekitar jam 5.30 pagi.
Katanya, sepasukan anggota yang sedang melaksanakan serkap telah mengesan 12 individu dipercayai PATI berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia.
“Setelah ditahan dan disoal siasat, 5 individu lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun, 4 individu wanita berusia antara 34 hingga 39 tahun bersama 3 kanak-kanak lelaki berusia antara 4 hingga 14 tahun.
“Meraka disahkan sebagai PATI apabila didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah selain menggunakan laluan haram untuk masuk mencari pekerjaan,” katanya.
Kesemua PATI diusir dan laporan Polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.
“Pelbagai taktik dan kaedah digunakan PATI termasuk cuba masuk ke Malaysia termasuklah cubaan menyelinap diawal pagi namun berjaya digagalkan,” katanya.
Impak Pandemik wabak Covid-19 menyebabkan kes-kes melibatkan PATI cuba masuk untuk mencari pekerjaan di Sarawak dilihat semakin meningkat.
“Tentera Darat khususnya anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat terus kekal siaga dan beriltizam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara,” katanya. — DayakDaily.