OKU rentung dalam kebakaran kedai runcit di Kampung Jangkar,Lundu

Adward Otoi,80, gagal keluar menyelamat diri akibat terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kedai runcit berkenaan. - JBPNS

LUNDU: Malang bagi seorang lelaki warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) apabila rentung dalam kebakaran kedai runcit di Kampung Jangkar Lundu malam tadi taktala masyarakat Dayak sibuk membuat persiapan akhir bagi menyambut Gawai 1 Jun ini.

Dalam kejadian yang berlaku jam 7 malam ini, Adward Otoi,80, gagal keluar menyelamat diri akibat terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kedai runcit berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata,
pihaknya menjumpai seorang mangsa dibahagian hadapan pintu kedai tersebut dalam keadaan rentung.

“Kedai runcit tersebut telah terbakar seratus peratus, disebabkan struktur kayu bangunan yang mudah dijilat api,” kata Tiong.

Panggilan diterima pada jam 7.50 malam dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digegaskan ke tempat kejadian.

Kerja memadam kebakaran itu ditamatkan pada jam 8.40 malam. – dayakdaily.com