Lelaki maut selepas kereta rempuh belakang lori batu

Pihak bomba Tabuan Jaya berusaha mengeluarkan mangsa dari keretanya.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Kuching-Samarahan Expressway sekitar jam 7.20 malam tadi.

Mangsa ialah Jackson Lim Kui Hong berusia 36 tahun dan berasal dari Kuching.

Bahagian depan kereta mangsa yang hancur.
Bahagian belakang lori yang dilanggar kereta mangsa.

Menurut jurucakap Bomba, mangsa semasa kejadian memandu kereta Perodua Axia menuju ke bandaraya Kuching apabila merempuh belakang lori yang membawa muatan batu.

“Pihak bomba Tabuan Jaya bertindak mengeluarkan mangsa dari bahagian tempat duduk pemandu yang tidak sedarkan diri menggunakan pengusung.

 

Pemandu yang tidak sedarkan diri terbaring di atas pengusung.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.