Lapan pasukan berentap rebut Piala Pemuda Mulu

Gerawat (tujuh dari kiri) bersama pasukan yang menyertai pertandingan. - dayakdaily.com

Sebanyak lapan pasukan berentap merebut gelaran juara pada pertandingan bola sepak sembilan sebelah, Piala Pemuda Mulu yang berlangusng di Kompleks Sukan Marudi.

Antara pasukan yang menyertai pertandingan itu ialah pasukan PKS, Tutoh, Sebatang FT, River Sand, Lubok Nibong, Pemuda Mulu, Tanjong Opar, dan Gudang.

Perasmian pertandingan tersebut telah disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu, Dato Gerawat Gala.

Gerawat berkata, pertandingan itu menjadi platform yang cukup baik untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan melahirkan generasi muda aktif dalam sukan.

“Kita melihat aktiviti ini cukup baik bagi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersaru (PBB) bagi kawasan Poyut /Lubok Nibong yang perlu diteruskan,” katanya.

Gerawat berharap aktiviti serupa ini dapat diadakan di kawasan lain pula iaitu seperti Mulu, Bario, Long Banga atau di Lio Mato dan di kawasan lain di ulu Baram dalam kawasan DUN Mulu.

“Saya telah memberi peruntukan kepada pemuda PBB untuk aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan selepas ini dan jika peruntukan tidak mencukupi saya akan memberi peruntukan tambahan bagi melancarkabn aktiviti mereka,’ katanya.

Sehubungan itu Gerawat mahu pihak pemuda bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti sukan dan menyeru golongan pemuda PBB dan bapa PBB juga memainkan peranan dan aktif dalam sukan. – dayakdaily.com