Kebimbangan keluarga terlerai, warga emas hilang dihutan ditemui selamat

Tanjung Hanum yang hilang di hutan di temui dalam keadaan selamat - dayakdaily.com

LUNDU: Kebimbangan ahli keluarga terhadap seorang lelaki warga emas yang tidak balik ke rumah petang tadi terlerai apabila dia ditemui selamat.

Mangsa Tanjung Hanum,77 , berbangsa Iban yang turut mempunyai penyakit nyanyuk keluar seorang diri ke kebun sejak pagi dan tidak balik ke rumah sehingga lewat petang di Kampung Bengang, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh keluarganya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lubdu pada jam 6.25 petang.

“Pada jam 7.55 petang mangsa telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat membabitkan 10 orang penduduk kampung, tiga orang polis dan lima orang Bomba pada jarak 200 meter dari rumah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa disahkan selamat dan berada dalam keadaan keletihan.-dayakdaily.com