HUS mohon bantuan orang ramai kesan ahli keluarga pesakit

Pihak HUS memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan ahli keluarga atau waris pesakit - HUS

KUCHING: Pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) mohon bantuan orang ramai bagi mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki.

HUS dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini, berkata, lelaki berkenaan telah dihantar ke HUS oleh hospital Sentosa Kuching setelah dilanggar oleh pemandu kereta Myvi.

“Setakat ini pihak hospital tiada maklumat mengenai nama, nombor kad pengenalan, keturunan dan asal usul pesakit yang kini masih dirawat di Wad Neurosurgeri, HUS,” katanya.

Katanya, laporan polis telah dibuat oleh pemandu Myvi tersebut, namun masih tiada maklumat mengenai keluarga mangsa.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali pesakit tersebut diharap dapat menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Rachel Lawrence Lendang, di talian 082-245 045 dengan segera. – dayakdaily.com