Hospital Sibu cari waris pesakit Yaro Ujai

Yaro ak Ujai

KUCHING: Pihak Hospital Sibu mohon bantuan orang ramai bagi mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit yang kini masih dirawat di Wad Perubatan Lelaki 23, Hospital Sibu.

Melalui kenyataan yang diterima daripada Hospital Sibu hari ini, pesakit dikenali sebagai Yaro ak Ujai berusia lingkungan 56 tahun, berbangsa Iban ditemui terbaring di tangga kawasan tempat tinggal pesakit oleh orang awam pada 23 Ogos lalu.

Menurut pihak hospital bahawa alamat terakhir pesakit adalah berasal dari Song dan tiada maklumat berhubung keluarga dan latarbelakang pesakit memandangkan pesakit mengalami masalah kesihatan.

Namun, menurut sumber lain, pesakit telah bekerja di Sibu sejak enam tahun lepas dengan hasrat untuk mencari anak kandung, tetapi gagal menjumpai anak-anak beliau.

Pesakit kini mengalami masalah kesihatan dan memerlukan ahli keluarga atau waris tampil untuk memudahkan pihak hospital merancang rawatan susulan ke atas pesakit.


​Sehubungan itu, pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit agar menghubungi Unit Kerja Sosial Hospital Sibu Sarawak, di talian 084-343333 pada waktu pejabat atau berjumpa Pegawai Perubatan di Wad Perubatan Lelaki 23, Hospital Sibu dengan segera. – dayakdaily.com