Gangguan Histeria memaksa Festival Praktikum Seni Dibatalkan

Gangguan Histeria memaksa pertandingan Festival Praktikum Seni Dibatalkan.

KUCHING: Pertandingan Festival Praktikum Seni Peringkat Negeri Sarawak 2017 terpaksa dihentikan serta merta apabila kira-kira 10 pesertanya mengalami histeria malam tadi.

Difahamkan insiden tersebut berlaku sekitar jam 8.30 malam apabila ahli salah satu kumpulan yang mengambil bahagian bertempiaran lari keluar dari Kompleks Dewan Undangan Negeri(DUN) lama di mana pertandingan tersebut dianjurkan.

Menurut sumber, insiden tersebut dipercayai berlaku disebabkan berlaku aktivit pemujaan dilakukan oleh peserta yang membuat persembahan di awal pertandingan.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, difahamkan keadaan terkawal.