Fenomena “halo” muncul di Kuching

KUCHING – Warga bandar raya Kuching teruja dengan kemunculan fenomena halo di mana keadaan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Fenomena halo tersebut mula dikesan kira-kira pukul 10 pagi dan masih kelihatan sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Kemunculan fenomena alam unik berkenaan juga menarik perhatian orang ramai sekali gus tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar fenomena halo itu dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Fenomena halo adalah sejenis fenomena optik.

Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.

Di Eropah dan sebahagian daripada Amerika Syarikat sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.

Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu dan juga pada 28 April 2015 dalam lingkungan pukul 1.30 petang hingga 2.20 petang.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5ā€“10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit.

Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul.

Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal.

Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari.

Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.

Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja.

Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari.

Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR. -dayakdaily.com