Ceramah kesedaran awam “No Bite No Rabies” diadakan bagi kekang wabak rabies

Dr Sim mempengerusikan mesyuarat ceramah awam berhubung wabak rabies di Kuching.

KUCHING – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (KKTPS) telah mengambil tindakan melalui mengawal dan mencegah anjing liar berkeliaran di bawah kawasan selian mereka dengan tagline : “Keep Your Dog Save, Keep Yourself Save”.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) turut akan mengadakan ceramah kesedaran setiap hari di lima buah kawasan merangkumi pelbagai bahasa yang diketuai olehMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian bermula hari ini.

Dengan tagline “No Bite No Rabies” ceramah
kesedaran awam itu akan dibuat dengan melibatkan semua ketua masyarakat dan ketua kaum sebagai medium terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada anak buah masing-masing.

“Meskipun setakat ini masih terdapat 22 buah kawasan yang diisytiharkan wabak rabies, namun ia masih lagi dalam keadaan terkawal dan operasi pemvaksinan anti-rabies kepada anjing masih giat dijalankan bagi mengekang penularan wabak penyakit anjing gila itu,” kata JPBNS dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam kenyataan sama, JKNS memaklumkan terdapat sebanyak 59 kes gigitan anjing telah dilaporkan pada hari ini, di mana bahagian Serian 16 kes dan bahagian Kuching 43 kes.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 1,075 kes.

Sebanyak 29 kes gigitan telah dimulakan suntikan vaksinasi anti-rabies pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 652 kes.

Berikut merupakan senarai ceramah kesedaran awam mengenai wabak rabies dalam pelbagai bahasa diadakan pada 29 Julai 2017 (Sabtu).

1. Bahasa Mandarin
Kawasan : Batu 10
Tempat : SJK (C) Batu 10, Padang Bola Keranjang
Masa : 7.30 malam

2. Bahasa Bidayuh
Kawasan : Kg Semaba
Tempat : Dewan Masyarakat
Masa : 7.30 malam

3. Bahasa Melayu
Kawasan : Kpg Matang
Tempat : Dewan Masjid Al Abyad
Masa : 7.30 malam

4. Bahasa English
Kawasan : Tabuan Jaya
Tempat : TJ Delight Eating Place
Masa : 7.30 malam

5. Bahasa Iban
Kawasan : Tabuan Dayak
Tempat : Akan dimaklumkan

Dayakdaily.com