Buaya Sungai Lajong berjaya dipindahkan

Buaya Sungai Lajong berjaya di pindahkan - SFC

MIRI: Penduduk Kuala Niah kini boleh menarik lafas lega apabila buaya Sungai Lajong berjaya dipindahkan semalam.

Sarawak Forestry Corporation didalam satu kenyataan berkata buayajantan berukuran 15 kaki telah berjaya dipindahkan dengan kerjasama unit Swift Wildlife Action Team SFC dan Pejabat DUN Bekenu.

“Tiga mata kail beserta umpan telah dipasang pada Jumaat lepas, atas hasil laporan yang diterima berkenaan buaya besar berlegar di sepanjang sungai tersebut.”

“Buaya jantan itu akhirnya memakan umpan pada pagi semalam dan kemudiannya ditarik ke darat pada jam 12 tengah hari. Buaya yang berukuran 15 kaki panjang itu seterusnya dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya,” kata SFC dalam kenyataan.

SFC turut ingan merakam ucapan terima kasih kepada penduduk kampung dan anggota
Pertahanan Awam Malaysia yang turut membantu dalam operasi pemindahan tersebut. – dayakdaily.com