Bawa balik hadiah RM3,000, Juliana Ratu Regatta Baram 2017

Juliana(tengah) dinobat Ratu Regatta Baram 2017 setelah berjaya menewaskan peserta lain. - dayakdaily.com

MARUDI : Juliana Sambai ak Sibat,24, membawa balik hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan jambangan bunga apabila dinobatkan sebagai ‘Ratu Regatta Baram 2017’,di sini, malam tadi.

Lebih manis, gadis berbangsa Iban kacukan Kiput dari Kuala Tutoh itu turut diumumkan sebagai pemenang Best Evening Gown.

Tempat kedua dimenangi Natasha Shareen ak Pita,18, berbangsa Iban dari Marudi membawa hadiah wang tunai RM2,000, piala dan juga jambangan bunga.

Tempat ketiga pula dimenangi Sofhia Arrin Timothy,21, berbangsa Kayan dari Long Laput Baram membawa hadiah wang tunai RM1,000,piala dan juga jambangan bunga.

Esther Emang,23, berbangsa Kayan dari Long Panai dan Biviana anak Leong,25, Iban kacukan Berawan dari Long Tabing Baram masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Esther menerima hadiah wang tunai RM800, piala dan jambangan bunga manakala Biviana anak Leong menerima hadiah wang tunai RM500, piala dan juga jambangan bunga.

Linda Ibau,26, berbangsa Kayan dari Long Bedian memenangi Miss Body Beautiful.

Maria Ping Snok,24, berbangsa Kenyah dari Long Moh memenangi Miss Photogenic dan Nurul Ainnisya Sukri,20, kacukan Melayu Iban dari Miri memenangi Best Catwalk.

Sebanyak 19 peserta menyertai pertandingan Baram Regatta 2017 bagi peringkat awal.

Daripada jumlah tersebut 10 peserta bagi peringkat kedua dan lima layak ke peringkat akhir.

Hadiah-hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr. Penguang anak Manggil dan isteri, Datin Monica Ukong Jaya. – dayakdaily.com