Batang Ai: Dua masih hilang dalam tragedi bot karam

Dua masih hilang dalam tragedi boat karam di Batang Ai.

BETONG, Oct 20: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi individu yang masih hilang dalam tragedi bot karam di Empangan Batang Ai, dekat sini dilancarkan serta merta sejak lewat petang tadi.

Jurucakap Bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.22 petang dari Balai Polis Lubok Antu mengatakan dua daripada lima penumpang perahu panjang yang karam di empangan tersebut hilang.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba Betong dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa dengan turut dibantu pihak polis.

“Bilik kawalan Betong menerima panggilan menyatakan bahawa sebuah perahu panjang yang dinaiki 5 orang lelaki telah terbalik dan karam ekoran dilanda ribut dalam kejadian sekitar jam 6 petang.

“Tiga mangsa selamat dan dua orang masih hilang,” katanya.


Sehingga berita ini ditulis, difahamkan operasi SAR masih dijalankan di lokasi kejadian.