Abang Johari ikut jejak Tok Nan

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menyambut sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-67 pada 4 Ogos ini.

Bagaimanapun, Abang Johari dengan rendah hati beliau memohon agar semua pemain dalam industri media dan percetakan di Sarawak agar tidak membuat sebarang iklan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun kelahirannya kelak.

Pemimpin nombor satu Sarawak berbuat demikian bukannya disebabkan beliau ‘angkuh’ namun ia jelas menunjukkan sikap kerendahan hati beliau sama pernah ditampilkan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

Bahkan, menerusi keputusan itu, Abang Johari turut menghantar mesej bahawa dirinya berkemampuan melakukan sesuatu setanding dengan tindakan Allahyarham Tok Nan.

Ini kerana, bagi kedua-dua individu tersebut, jasa dan perjuangan ditinggalkan lebih penting berbanding ‘gelaran’ semata-mata.

Berikut merupakan maklumat yang disalurkan menerusi Setiausaha Akhbarnya:

A friendly Note to all Press/Press Advertising:

CM Abang Johari’s birthday falls on 4th August. He has kindly requested all newspapers not to advertise congratulatory messages on his birthday. Your co-operation is very much appreciated.

Thank you. – dayakdaily.com