4,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama sertai Program Harmony Walk 2017

Gambar hiasan: Masyarakat menyertai senamrobik yang diadakan sempena Program Harmony Walk 2017

KUCHING: Kira-kira 4,000 masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menyertai Program Harmony Walk 2017 di Kompleks Islam Sarawak, yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2017.

Mereka yang mengambil bahagian berjalan sejauh lima kilometer bermula di perkarangan Kompleks Islam Sarawak, kuil Sikh Sarawak, gereja St Thomas, gereja Tua Pek Kong, gereja Sri Srinivasagar Kaliamman sehingga ke gereja St Joseph.

Majlis pelepasan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC Hajah Zabariah Haji Matali, Archbishop Kuching Simon Poh Hoon Seng serta Rangkaian Antara Agama Malaysia Dr John Fozdar

Bertemakan ‘Unity is Our Calling’, acara ini dianjurkan oleh Pusat Penerangan Islam (IIC) Sarawak dengan kerjasama Persatuan Gereja, Persatuan Buddha Kuching, Majlis Malaysia Hindu Sangam Negeri Sarawak, Persatuan Kuil Sikh Sarawak serta Perhimpunan Rohani Baha’i Sarawak.

Ia bertujuan mengekspresikan dan meningkatkan semangat perpaduan dan keharmonian di kalangan penganut berbilang agama di Sarawak.