3,000 peserta termasuk dari luar negara sertai Sibu Marathon

Datuk Sri Wong Soon Koh melakukan upacara pelepasan presets yang menyertai Sibu Marathon.

SIBU: Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara Sibu Marathon yang diadakan awal pagi tadi.

Selain peserta tempatan, acara tersebut turut disertai oleh peserta dari Semenanjung Malaysia serta luar negara termasuk dari Kenya, Hong Kong, Australia, China dan Brunei yang bersaing dalam 12 kategori yang dipertandingkan.

Pelepasan peserta yang bertanding dilakukan pada jam 12.01 pagi di hadapan bangunan Wisma Sanyan.

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Sri Wong Soon Koh.

Acara julung kalinya diadakan di bandar ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.


Sibu Marathon menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM75,160 bagi pelbagai kategori yang dipertandingkan.