13,540 haiwan peliharaan sudah disuntik vaksin anti-rabies

KUCHING – Sebanyak 13,540 ekor haiwan peliharaan yang terlibat dalam kawasan wabak rabies telah disuntik vaksin anti-rabies oleh
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) setakat ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada kesemua haiwan itu, 5,900 anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain seperti tupai dan kera telah disuntik vaksin anti-rabies.

Menurutnya, jumlah haiwan yang diberi suntikan vaksin hari ini ialah sebanyak 670 ekor di mana Kampung Semeba (231 ekor), Kampung Sudat (87 ekor), Kampung Tematu (69 ekor), Kampung Bumbok
(69 ekor), Jalan Stephen Yong (44 ekor), Batu 5 Jalan Semeba (18 ekor) dan di
luar kawasan Semeba dalam lingkungan 10 kilometer (152 ekor).

“Secara kumulatif dari 2 hingga 23 Julai ini, sebanyak 329 kes gigitan baru telah dikesan, di mana 20 kes gigitan di Serian dan satu
kes gigitan di Sri Aman adalah kes gigitan yang dilaporkan pada hari ini.

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 770 kes,” kata JPBNS dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, JPVS akan meneruskan aktiviti-aktiviti pemvaksinan, survelan, kempen
kesedaran dan penyiasatan kes-kes yang dilapor berkaitan wabak rabies di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

Kata JPBNS, JPVS juga telah mengadakan sebanyak 104 kempen kesedaran
mengenai wabak rabies di kampung-kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri oleh 20,041 orang peserta.

“JPVS turut memohon kerjasama daripada semua pihak yang mana haiwan mereka
telah divaksinasi untuk mengurung dan memerhati tingkahlaku haiwan masing-
masing,” ujar JPVS.

Dayakdaily.com sebelum ini melaporkan terdapat 20 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan wabak rabies.

*Info kawasan wabak rabies*

*04.07.2017* (Serian)
1. Kg Krait
2. Kg Paon Rimu
3. Kg Paon Rimu Bakung
4. Kg Remun
5. Kg Lebor

*12.07.2017* (Serian)
6. Kg Saroban

*13.07.2017* (Serian)
7. Kg Tangga

*18.07.2017* (Serian)
8. Kg Ampungan
9. Kg Mentong Berawan
10. Kg Mentong Silaga
11. Kg Engkabang
12. Kg Tampek Sumpas
13. Kg Rasau
14. Pekan Soburan
15. Bandar Serian
16. Batu 45, Kuching-Sri Aman

(Tebedu)
17. Kg Temong Mura

(Sri Aman)
18. Rh. Janta Punggu Mawang

*23.07.2017 (Tebedu)
19. Kpg Entubuh

(Kuching)
20. Batu 5, Jalan Semeba

-dayakdaily.com