Warga emas hilang di kebun

SARATOK: Seorang warga emas dikhuatiri hilang di kebun selepas tidak balik ke rumah petang semalam.

Mawar ak Ranggai,73, dari rumah Junaidi ak Melina,Disso Awik, di sini,yang mengalami sakit kaki dan kurang daya ingatan keluar pergi ke kebun seorang diri pada jam 9 pagi.

Bagaimanapun, dia gagal balik ke rumah hingga jam 6 petang sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya.

Penduduk kampung telah membantu mencari mangsa di kawasan kebun tempat mangsa yang dikhuatiri hilang dengan jarak pencarian 2 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 malam.

“Balai Bomba dan Penyelamat Saratok menggunakan Hilux dengan kekuatan tiga anggota diketuai oleh PBK II Yusof Tamin bergerak ke lokasi kejadian.

“Kita mendapat maklumat daripada keluarga bahawa mangsa telah keluar ke kebun mulai pagi dan tidak balik walaupun hari sudah petang,” katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bermula pada malam ini bersama dengan penduduk kampung.

“Setakat ini mangsa masih gagal dijumpai lagi,” katanya dan menambah agensi lain yang terlibat dalam SAR ialah pIhak Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta 100 penduduk kampung.-dayakdaily.com